tujuan entri den kali ini adalah untuk mendedahkan suatu perkara yang mungkin masyarakat @ pihak berwajib terlepas pandang.
semasa tengah syok berjalan-jalan di bazar Ramadhan buat kali terakhir untuk membeli juadah berbuka puasa tumpuan mata ni agak terganggu dek pandangan yang mungkin masyarakat fikir mereka ini mencari rezeki di jalanan tetapi mereka x sedar bahawa mereka ini mungkin menipu masyarakat dengan bekas yg kosong untuk meletakkan wang hasil simpati masyarakat @ daripada sindiket peminta sedekah @ atas kemahuan mereka sendiri.cer lihat gambar di bawah
![]() |
(gambar yg den tangkap mase tengah duk syok round2 cari makan) |
den pun terfikir mengapa mereka ini meminta sedekah sedangkan tulang empat kerat & anggota lain tiada cacat cela & masih sihat walafiat den tengok. den merasakan mereka ini sepatutnya mencari rezaki dengan bekerja di tempat2 yang sepatutnya & halal & bukannya meminta simpati daripada orang ramai. anda semua mesti terfikir betul x ? mungkin pihak berwajib terlepas pandang perkara ini & memandang remeh tetapi inilah yang terjadi pada masyarakat kita sekarang. dalam Islam sendiri x menggalakkan umat kita meminta-minta tetapi kalau dah terpaksa den pun x boleh berkata apa2lah. bak kate jambu apa pun x boleh. kuikuikui.
bagi den alangkah eloknya mereka ni menjadi seperti orang buta di bawah
(kredit to Encik Mazidul Akmal Sidek) |
beliau ni walaupun buta tapi mencari rezaki dengan cara yang betul iaitu menjual tisu walaupun masih menerima hasil sedekah daripada orang ramai. alangkah eloknya jikalau perempuan ini mencari rezeki dengan cara begini. kejadian ini den lihat banyak terjadi terutamanya di penghujung ramadhan. almaklumlah bulan beramal jariah & bersedekah jadi mereka menggunakan kesempatan ini untuk mengaut keuntungan hasil sedekah daripada orang ramai. diharapkan mane2 pihak berwajib & masyarakat dapat mengubah fikiran & bersedekah kepada yang betul2 memerlukan seperti anak yatim, ibu2 tunggal yang dalam kesusahan & sebagainya.
Begitulah entri den pada hari ini. diharapkan para pembaca terhibur & memberi komen yang bernas mengenai enti ini supaya den dapat menambah baikkan dari masa ke semasa.